BITCOIN merupakan matawang digital (cryptocurrency) yang telah dicipta pada tahun 2009 oleh individu yang tidak diketahui yang di kenali sebagai Satoshi Nakamoto.
Secara ringkasnya Bitcoin adalah seperti tunai dalam talian. Kita boleh menggunakannya untuk membeli produk dan perkhidmatan. Walaubagaimanapun belum banyak kedai yang menerima Bitcoin ketika ini dan beberapa negara telah melarang penggunaannya sama sekali.
Bitcoin merupakan matawang masa hadapan. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan mengantikan matawang fiat yang sedang kita gunakan.
Bagaimana Bitcoin berfungsi?
Setiap Bitcoin pada dasarnya adalah data komputer yang disimpan dalam aplikasi 'digital wallet' di telefon pintar atau sesebuah komputer. Bitcoin boleh dipindahkan dari satu 'digital wallet' ke satu 'digital wallet' yang lain dengan mudah dengan menggunakan 'wallet address' yang betul. Setiap transaksi akan direkodkan di dalam 'marketplace' yang dikenali sebagai 'blockchain'.
Dengan cara ini tidak akan berlaku gandaan transaksi dan akan menjadikan ia lebih telus berbanding matawang fiat.
Bagaimana nak dapatkan Bitcoin?
Terdapat 3 cara yang sah untuk mendapatkan Bitcoin.
- Cara pertama ialah dengan membeli Bitcoin pada harga semasa melalui 'exchange' yang selamat. Saya menggunakan LUNO untuk membeli Bitcoin!
- Cara kedua ialah dengan menjual barang dan menerima Bitcoin sebagai bayaran.
- Cara ketiga ialah dengan melombong "Bitcoin Mining". Walaubagaimanapun melombong bukan lah sesuatu yang mudah malah kos untuk melombong juga begitu mahal.
Bitcoin mempunyai nilai kerana ia boleh digunakan sebagai wang tunai. Dalam kes ini, Bitcoin boleh diukur dengan jumlah pengguna, peniaga, dan pengguna baru yang semakin meningkat setiap hari. Sama seperti semua mata wang dunia, nilai Bitcoin meningkat apabila adanya permintaan dan orang yang bersedia menerimanya sebagai bentuk pembayaran.
Kenapa perlukan Bitcoin?
Bitcoin merupakan matawang masa hadapan. Setiap transaksi Bitcoin akan direkodkan di dalam 'Blockchain' dan tiada gandaan transaksi. Ini akan menjadikan ia lebih telus berbanding matawang sediada. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan mengantikan matawang dunia yang sedang kita gunakan.
Adakah Bitcoin selamat digunakan?
Setiap transaksi akan direkodkan secara terbuka di 'Blockchain' sehingga sangat sukar untuk menggandakan, memalsu atau membelanjakan Bitcoin yang bukan milik anda. Walaubagaimanapun, kita perlu sentiasa berjaga keran risiko kehilangan atau kecurian Bitcoin tetap ada.
Selain itu, nilai Bitcoin telah naik dan turun sejak ia diciptakan pada tahun 2009 dan ada yang beranggapan nilainya akan naik lebih tinggi dimasa hadapan. Namun, pastikan anda "Never invest money that you can't afford to lose." ya!
Jom tonton video dibawah ini untuk gambaran jelas tentang Bitcoin.
Catatan lain tentang Bitcoin:
No comments:
Write comments