Saturday, June 27, 2020

Apa yang anda perlu tahu tentang Cryptocurrency?

Apakah itu Cryptocurrency?

Cryptocurrency secara definasinya adalah mata wang digital/alam maya yang dijamin dengan kriptografi, yang menjadikannya hampir mustahil untuk dipalsukan atau dibelanjaka secara berganda. Kebanyakan Cryptocurrency yang ada menggunakan landasan desentralisasi berdasarkan teknologi blockchain.  Secara teorinya Cryptocurrency tidak dapat dikawal atau dapat dimanipuasikan oleh kuasa pemerintah, jesteru menjadikan ia sesuatu yang unik.

Pakar-pakar berpendapat bahawa blockchain dan teknologi yang berkaitan Cryptocurrency akan mengganggu banyak industri, termasuk sistem kewangan dan undang-undang sesebuah negara.

Terdapat banyak kritikan dilemparkan terhadap Cryptocurrency ini kerana ia menyebabkan masalah seperti terlibat dalam transaksi aktiviti-aktiviti haram, turun naik kadar pertukaran matawang dunia, dan lain-lain.

Fahami Cryptocurrencies dengan lebih mudah.

Tujuan utama blog NotaCrypto ini adalah sebagai nota pribadi aku. Sebenanrnya aku mula mengenali Cryptocurrency sejak tahun 2008 lagi.  Namun, hanya di akhir tahun 2014 aku mula melabur secara serius. Itupun setelah gagal dalam bebeberapa skim cepat kaya yang berlandaskan Cryptocurrency.

Cryptocurrency adalah sebuah sistem yang membolehkan pembayaran dibuat secara selamat atas talian dalam bentuk token, yang diwakili oleh entri lejar ke dalam sistem blockchain.

Secara ringkas, aku akan mencatatkan info-info penting yang juga mungkin dapat membantu anda memahami lebih lanjut tentang Cryptocurrency. Antaranya:

  • Wallet yang aku gunakan untuk membeli, menjual dan menyimpan. (Luno Malaysia)
  • Carta semasa untuk melihat market price movement (CoinMarketCap)
  • Crypto pilihan seperti BITCOIN, ETHEREUM dan RIPPLE
*ingat, gunakan info disini sebagai rujukan sahaja!


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments