BITCOIN merupakan matawang digital (cryptocurrency) yang telah dicipta pada tahun 2009 oleh individu yang tidak diketahui yang di kenali sebagai Satoshi Nakamoto.
Secara ringkasnya Bitcoin adalah seperti tunai dalam talian. Kita boleh menggunakannya untuk membeli produk dan perkhidmatan. Walaubagaimanapun belum banyak kedai yang menerima Bitcoin ketika ini dan beberapa negara telah melarang penggunaannya sama sekali.
Bitcoin merupakan matawang masa hadapan. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan mengantikan matawang fiat yang sedang kita gunakan.
Bagaimana Bitcoin berfungsi?
Setiap Bitcoin pada dasarnya adalah data komputer yang disimpan dalam aplikasi 'digital wallet' di telefon pintar atau sesebuah komputer. Bitcoin boleh dipindahkan dari satu 'digital wallet' ke satu 'digital wallet' yang lain dengan mudah dengan menggunakan 'wallet address' yang betul. Setiap transaksi akan direkodkan di dalam 'marketplace' yang dikenali sebagai 'blockchain'.
Dengan cara ini tidak akan berlaku gandaan transaksi dan akan menjadikan ia lebih telus berbanding matawang fiat.
Bagaimana nak dapatkan Bitcoin?
Terdapat 3 cara yang sah untuk mendapatkan Bitcoin.
Cara pertama ialah dengan membeli Bitcoin pada harga semasa melalui 'exchange' yang selamat. Saya menggunakan LUNO untuk membeli Bitcoin!
Cara kedua ialah dengan menjual barang dan menerima Bitcoin sebagai bayaran.
Cara ketiga ialah dengan melombong "Bitcoin Mining". Walaubagaimanapun melombong bukan lah sesuatu yang mudah malah kos untuk melombong juga begitu mahal.
Kenapa Bitcoin Berharga?
Bitcoin mempunyai nilai kerana ia boleh digunakan sebagai wang tunai.
Dalam kes ini, Bitcoin boleh diukur dengan jumlah pengguna, peniaga, dan pengguna baru yang semakin meningkat setiap hari. Sama seperti semua mata wang dunia, nilai Bitcoin meningkat apabila adanya permintaan dan orang yang bersedia menerimanya sebagai bentuk pembayaran.
Kenapa perlukan Bitcoin?
Bitcoin merupakan matawang masa hadapan. Setiap transaksi Bitcoin akan direkodkan di dalam 'Blockchain' dan tiada gandaan transaksi. Ini akan menjadikan ia lebih telus berbanding matawang sediada. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan mengantikan matawang dunia yang sedang kita gunakan.
Adakah Bitcoin selamat digunakan?
Setiap transaksi akan direkodkan secara terbuka di 'Blockchain' sehingga sangat sukar untuk menggandakan, memalsu atau membelanjakan Bitcoin yang bukan milik anda. Walaubagaimanapun, kita perlu sentiasa berjaga keran risiko kehilangan atau kecurian Bitcoin tetap ada.
Selain itu, nilai Bitcoin telah naik dan turun sejak ia diciptakan pada tahun 2009 dan ada yang beranggapan nilainya akan naik lebih tinggi dimasa hadapan. Namun, pastikan anda "Never invest money that you can't afford to lose." ya!
Jom tonton video dibawah ini untuk gambaran jelas tentang Bitcoin.
Sebenarnya ada beberapa pilihan online wallet yang boleh kita gunakan bagi tujuan transaksi Cryptocurrecies. Namun, saya memilih LUNO sebagai wallet kerana bagi saya ia mudah dan senang untuk digunakan.
Sejarah LUNO
Saya telah menggunakan wallet ini sejak awal penubuhannya pada tahun 2013 dan ketika itu ia dikenali sebagai BitX. Pada tahun 2017, BitX telah dijenamakan semula sebagai LUNO.
Pada bulan September 2017, Luno berjaya mengumpulkan $9 juta untuk memperkenalkan jenama wallet, pertukaran dan perkhidmatan bitcoinnya di Eropah dan Asia.
Ada suatu ketika LUNO menghadapi masalah di Malaysia, dimana akaun bank utamanya telah dibekukan. Namun, pada bulan April 2018, Luno telah berdaftar dengan bank Negara Malaysia sebagai badan pelapor untuk Cryptocurrencies.
Dihujung tahun 2019, LUNO telah telah melantik AmBank sebagai banker utamanya untuk menyokong operasinya. Dana pelanggan LUNO disimpan dalam akaun amanah AmBank, menepati keperluan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC).
Setakat ini terdapat 4 crypto yang boleh kita beli, jual dan simpan di Luno seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC).
Jika anda belom lagi mempunyai akaun di LUNO, sila KLIK DISINI DAN DAFTAR. Jangan lupa untuk memasukkan promo code ini Y4MAE - anda akan menerima rebat Bitcoin bernilai RM25 sekiranya anda membeli atau menjual BITCOIN bernilai RM250.
Cryptocurrency secara definasinya adalah mata wang digital/alam maya yang dijamin dengan kriptografi, yang menjadikannya hampir mustahil untuk dipalsukan atau dibelanjaka secara berganda. Kebanyakan Cryptocurrency yang ada menggunakan landasan desentralisasi berdasarkan teknologi blockchain. Secara teorinya Cryptocurrency tidak dapat dikawal atau dapat dimanipuasikan oleh kuasa pemerintah, jesteru menjadikan ia sesuatu yang unik.
Pakar-pakar berpendapat bahawa blockchain dan teknologi yang berkaitan Cryptocurrency akan mengganggu banyak industri, termasuk sistem kewangan dan undang-undang sesebuah negara.
Terdapat banyak kritikan dilemparkan terhadap Cryptocurrency ini kerana ia menyebabkan masalah seperti terlibat dalam transaksi aktiviti-aktiviti haram, turun naik kadar pertukaran matawang dunia, dan lain-lain.
Fahami Cryptocurrencies dengan lebih mudah.
Tujuan utama blog NotaCrypto ini adalah sebagai nota pribadi aku. Sebenanrnya aku mula mengenali Cryptocurrency sejak tahun 2008 lagi. Namun, hanya di akhir tahun 2014 aku mula melabur secara serius. Itupun setelah gagal dalam bebeberapa skim cepat kaya yang berlandaskan Cryptocurrency.
Cryptocurrency adalah sebuah sistem yang membolehkan pembayaran dibuat secara selamat atas talian dalam bentuk token, yang diwakili oleh entri lejar ke dalam sistem blockchain.
Secara ringkas, aku akan mencatatkan info-info penting yang juga mungkin dapat membantu anda memahami lebih lanjut tentang Cryptocurrency. Antaranya:
Wallet yang aku gunakan untuk membeli, menjual dan menyimpan. (Luno Malaysia)
Carta semasa untuk melihat market price movement (CoinMarketCap)
Crypto pilihan seperti BITCOIN, ETHEREUM dan RIPPLE
*ingat, gunakan info disini sebagai rujukan sahaja!