Friday, July 3, 2020

Apakah itu Ethereum?

Apakah Itu Ethereum

Apa yang anda tahu dan perlu tahu tentang Ethereum?

Ethereum merupakan matawang digital (Cryptocurrency) kedua terbesar selepas Bitcoin. Ethereum telah dicipta oleh Vitalik Buterin seorang programer muda yang berasal dari Russia. Ether merupakan cryptocurrency yang dihasilkan oleh pelombong Ethereum sebagai ganjaran untuk pengiraan yang telah dilakukan untuk mengimbangkan sistem blockchain.

Untuk memahami lebih lanjut tentang Ethereum, sila tonton video ini:



Artikel-Artikal Mengenai Ethereum:

  • Cara-cara membeli dan menyimpan Ethereum dengan selamat
  • Masa depan Ethereum


Wednesday, July 1, 2020

Cara-cara deposit tunai ke akaun Luno Malaysia


Luno Malaysia


Ini adalah langkah-langkah mudah untuk mendeposit tunai ke dalam akaun Luno Malaysia anda. sebelum itu, sudahkah anda menpunyai akaun di Luno? Boleh daftar di Luno Malaysia jika belum. Guna promo code Y4MAE untuk menerima rebat Bitcoin bernilai RM25 apabila anda membuat deposit tunai dan membeli atau menjual Bitcoin bernilai RM250.

Langkah Pertama:

Log masuk ke akaun Luno dan pilih "Wallet". Kemudian klik "Wallet' MYR seperti dibawah ini.

Luno Malaysia

Seterusnya klik butang deposit.

Luno Malaysia


Masukkan nilai yang hendak di deposit ke Luno. Sebagai contoh, saya depositkan RM501 supaya ianya unik dan mudah dikenalpasti oleh pihak Luno. Kemudian tekan "NEXT".

Luno Malaysia


Langkah Kedua:

Log masuk ke Online Banking (Maybank2u, CIMBClick dan etc) dan transferkan RM501(contoh) dari akaun bank anda ke akaun Luno anda mengunakan "wire instruction" yang diberikan. Pastikan anda memilih "Instant Transfer". Untuk melancarkan transaksi sila masukkan "Deposit reference code" yang diberi ke ruangan "Recipient Reference" dan "Other Payment Details".

Seterusnya, tekan "I'VE MADE THE DEPOSIT" dan selesai.

Luno Malaysia






Sunday, June 28, 2020

Cryptocurrency Market Capital & Prices MYR

Cryptocurrencies Chart

Harga-harga semasa Cryptocurrencies sebagai rujukan




BITCOIN (BTC/MYR)


ETHEREUM (ETH/MYR)


RIPPLE (XRP/MYR)


LITECOIN (LTC/MYR)

Apakah Itu Bitcoin?

BITCOIN merupakan matawang digital (cryptocurrency) yang telah dicipta pada tahun 2009 oleh individu yang tidak diketahui yang di kenali sebagai Satoshi Nakamoto.

Secara ringkasnya Bitcoin adalah seperti tunai dalam talian. Kita boleh menggunakannya untuk membeli produk dan perkhidmatan. Walaubagaimanapun belum banyak kedai yang menerima Bitcoin ketika ini dan beberapa negara telah melarang penggunaannya sama sekali.

Bitcoin merupakan matawang masa hadapan. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan mengantikan matawang fiat yang sedang kita gunakan.

Bagaimana Bitcoin berfungsi?
Setiap Bitcoin pada dasarnya adalah data komputer yang disimpan dalam aplikasi 'digital wallet' di telefon pintar atau sesebuah komputer. Bitcoin boleh dipindahkan dari satu 'digital wallet' ke satu 'digital wallet' yang lain dengan mudah dengan menggunakan 'wallet address' yang betul. Setiap transaksi akan direkodkan di dalam 'marketplace' yang dikenali sebagai 'blockchain'. Dengan cara ini tidak akan berlaku gandaan transaksi dan akan menjadikan ia lebih telus berbanding matawang fiat.

Bagaimana nak dapatkan Bitcoin?
Terdapat 3 cara yang sah untuk mendapatkan Bitcoin.
  1. Cara pertama ialah dengan membeli Bitcoin pada harga semasa melalui 'exchange' yang selamat. Saya menggunakan LUNO untuk membeli Bitcoin!
  2. Cara kedua ialah dengan menjual barang dan menerima Bitcoin sebagai bayaran.
  3. Cara ketiga ialah dengan melombong "Bitcoin Mining". Walaubagaimanapun melombong bukan lah sesuatu yang mudah malah kos untuk melombong juga begitu mahal. 
Kenapa Bitcoin Berharga?
Bitcoin mempunyai nilai kerana ia boleh digunakan sebagai wang tunai. Dalam kes ini, Bitcoin boleh diukur dengan jumlah pengguna, peniaga, dan pengguna baru yang semakin meningkat setiap hari. Sama seperti semua mata wang dunia, nilai Bitcoin meningkat apabila adanya permintaan dan orang yang bersedia menerimanya sebagai bentuk pembayaran.

Kenapa perlukan Bitcoin?
Bitcoin merupakan matawang masa hadapan. Setiap transaksi Bitcoin akan direkodkan di dalam 'Blockchain' dan tiada gandaan transaksi. Ini akan menjadikan ia lebih telus berbanding matawang sediada. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan mengantikan matawang dunia yang sedang kita gunakan.

Adakah Bitcoin selamat digunakan?
Setiap transaksi akan direkodkan secara terbuka di 'Blockchain' sehingga sangat sukar untuk menggandakan, memalsu atau membelanjakan Bitcoin yang bukan milik anda. Walaubagaimanapun, kita perlu sentiasa berjaga keran risiko kehilangan atau kecurian Bitcoin tetap ada.

Selain itu, nilai Bitcoin telah naik dan turun sejak ia diciptakan pada tahun 2009 dan ada yang beranggapan nilainya akan naik lebih tinggi dimasa hadapan. Namun, pastikan anda "Never invest money that you can't afford to lose." ya!

Jom tonton video dibawah ini untuk gambaran jelas tentang Bitcoin.



Catatan lain tentang Bitcoin:

Beli, Jual dan Simpan Bitcoin di LUNO Malaysia

Sebenarnya ada beberapa pilihan online wallet yang boleh kita gunakan bagi tujuan transaksi Cryptocurrecies. Namun, saya memilih LUNO sebagai wallet kerana bagi saya ia mudah dan senang untuk digunakan.

Sejarah LUNO
Saya telah menggunakan wallet ini sejak awal penubuhannya  pada tahun 2013 dan ketika itu ia dikenali sebagai BitX. Pada tahun 2017, BitX telah dijenamakan semula sebagai LUNO.

Pada bulan September 2017, Luno berjaya mengumpulkan $9 juta untuk memperkenalkan jenama wallet, pertukaran dan perkhidmatan bitcoinnya di Eropah dan Asia.

Ada suatu ketika LUNO menghadapi masalah di Malaysia, dimana akaun bank utamanya telah dibekukan. Namun, pada bulan April 2018, Luno telah berdaftar dengan bank Negara Malaysia sebagai badan pelapor untuk Cryptocurrencies.

Dihujung tahun 2019, LUNO telah telah melantik AmBank sebagai banker utamanya untuk menyokong operasinya. Dana pelanggan LUNO disimpan dalam akaun amanah AmBank, menepati keperluan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC).

Setakat ini terdapat 4 crypto yang boleh kita beli, jual dan simpan di Luno seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC).

Luno Malaysia

Jika anda belom lagi mempunyai akaun di LUNO, sila KLIK DISINI DAN DAFTAR. Jangan lupa untuk memasukkan promo code ini Y4MAE - anda akan menerima rebat Bitcoin bernilai RM25 sekiranya anda membeli atau menjual BITCOIN bernilai RM250.


Catatan lain tentang LUNO:









Saturday, June 27, 2020

Apa yang anda perlu tahu tentang Cryptocurrency?

Apakah itu Cryptocurrency?

Cryptocurrency secara definasinya adalah mata wang digital/alam maya yang dijamin dengan kriptografi, yang menjadikannya hampir mustahil untuk dipalsukan atau dibelanjaka secara berganda. Kebanyakan Cryptocurrency yang ada menggunakan landasan desentralisasi berdasarkan teknologi blockchain.  Secara teorinya Cryptocurrency tidak dapat dikawal atau dapat dimanipuasikan oleh kuasa pemerintah, jesteru menjadikan ia sesuatu yang unik.

Pakar-pakar berpendapat bahawa blockchain dan teknologi yang berkaitan Cryptocurrency akan mengganggu banyak industri, termasuk sistem kewangan dan undang-undang sesebuah negara.

Terdapat banyak kritikan dilemparkan terhadap Cryptocurrency ini kerana ia menyebabkan masalah seperti terlibat dalam transaksi aktiviti-aktiviti haram, turun naik kadar pertukaran matawang dunia, dan lain-lain.

Fahami Cryptocurrencies dengan lebih mudah.

Tujuan utama blog NotaCrypto ini adalah sebagai nota pribadi aku. Sebenanrnya aku mula mengenali Cryptocurrency sejak tahun 2008 lagi.  Namun, hanya di akhir tahun 2014 aku mula melabur secara serius. Itupun setelah gagal dalam bebeberapa skim cepat kaya yang berlandaskan Cryptocurrency.

Cryptocurrency adalah sebuah sistem yang membolehkan pembayaran dibuat secara selamat atas talian dalam bentuk token, yang diwakili oleh entri lejar ke dalam sistem blockchain.

Secara ringkas, aku akan mencatatkan info-info penting yang juga mungkin dapat membantu anda memahami lebih lanjut tentang Cryptocurrency. Antaranya:
  • Wallet yang aku gunakan untuk membeli, menjual dan menyimpan. (Luno Malaysia)
  • Carta semasa untuk melihat market price movement (CoinMarketCap)
  • Crypto pilihan seperti BITCOIN, ETHEREUM dan RIPPLE
*ingat, gunakan info disini sebagai rujukan sahaja!